Doktor pakar bedah ditahan kerana ketagihan dadah


Doktor pakar bedah ditahan kerana ketagihan dadah


"Ambil dadah bagi tujuan kerja"


Kuala Lumpur: Golongan profesional termasuk pakar bedah antara individu yang mengalami masalah penagihan dadah melampau akibat pengambilan bahan terlarang itu bagi tujuan kerja.


Mendedahkan perkara itu, Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Ramli Abd Samad berkata, golongan ini menjadikan dadah jenis sintetik sebagai bahan sokongan untuk mereka melakukan kerja.


"Kita merekodkan peningkatan klien, kira-kira 300 klien yang kita rawat di seluruh negara ia termasuk golongan profesional.


"Ada di antara mereka ialah peguam, pakar bedah dan juruterbang, mereka ini menerima rawatan dari Pengasih," katanya ketika ditemui selepas Majlis Berbuka Puasa Pengasih di Rumah Pengasih Kuala Lumpur, hari ini.


Ramli berkata, pihaknya mengesan individu yang menerima rawatan ini terjejas dengan kesihatan mental yang teruk.


"Sekarang ini berlaku perubahan pola bentuk penagihan daripada opiat kepada sintetik antaranya dadah jenis syabu dan methamphetamine.


"Pengasih merekodkan 60 hingga 70 peratus daripada mereka mengalami gangguan psikosis hingga menyebabkan terdengar suara halus dan berhalusinasi," katanya.


Menurutnya, namun semua individu yang menerima rawatan di Pengasih berjaya diuruskan dengan baik.


"Keparahan berbeza mengikut individu, kombinasi rawatan dan perubatan serta khidmat psiko-sosial yang digunakan Pengasih berjaya menguruskan klien," katanya.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!