VIRAL - Bekas pelajar serang sekolah rendah, tembak mati 3 kanak-kanak, 3 dewasa



Bekas pelajar serang sekolah rendah, tembak mati 3 kanak-kanak, 3 dewasa

Seorang wanita transgender berusia 28 tahun yang dikenali dengan nama Audrey Hale bertindak ganas dengan menyerang sebuah sekolah rendah bersenjatakan senapang dan telah membunuh 6 orang dalam serangan tersebut.

Suspek yang merupakan bekas pelajar sekolah tersebut didakwa memasuki sekolah Nashville pada jam 10 pagi.

Sebaik sahaja memasuki lobi sekolah suspek bertindak menembak secara rambang hingga mengakibatkan 3 pelajar sekolah berusia 9 tahun maut di lokasi kejadian manakala 3 lagi mangsa iaitu pengetua sekolah(60 tahun) serta 2 lagi tenaga pengajar turut maut ditembak.

Suspek berjaya ditembak mati oleh polis yang menyerbu masuk sebaik menerima laporan mengenai pencerobohan itu.

Suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan polis tidak menolak kemungkinan suspek mengalami kemurungan atau dendam lama yang belum terbalas kerana sasarannya ialah bekas sekolah rendahnya dulu.



Gambar di atas adalah senjata yang digunakan suspek ketika menyerang dan membunuh kanak-kanak









@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!