Isteri sedih Aaron dihina, kena 'body shaming'

Isteri sedih Aaron dihina, kena 'body shaming'

SHAH ALAM - Isteri kepada pelakon popular Aaron Aziz, Diyana Halik meluahkan rasa sedih dan kesal apabila melihat suaminya dihina secara terbuka.

Diyana menerusi satu hantaran di Instagram berkata, dia terkejut dengan kenyataan yang keluarkan oleh pengarah sensasi, Syamsul Yusof di media sosial dan tampil mempertahankan suaminya.

“Selepas melihat apa yang berlaku di internet, hati saya sakit bila suami saya dihina, dan kena ‘body shaming’. Selama ini, saya tidak pernah gunakan media sosial untuk luahkan perasan dan sentiasa kekal tenang.

“Tetapi kali ini saya tidak mampu menerimanya dan terpanggil untuk melindungi suami sendiri. Mungkin sebab saya nampak usaha dan komitmennya," katanya pada Jumaat.



Pada Rabu lalu Syamsul telah mengadakan satu sidang akhbar khas bagi menjelaskan punca menggugurkan Aaron Aziz daripada membintangi filem ‘The Original Gangster’.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!