VIDEO - Prank bertukar tragedi, lelaki pengsan dibelasah ketika cuba menakutkan pejalan kaki


Prank bertukar tragedi, lelaki pengsan dibelasah ketika cuba menakutkan pejalan kaki

"Saya fikir dia mahu cuba merompak saya, jadi saya bertindak untuk mempertahankan diri" kata pejalan kaki

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki yang didakwa baru memulakan kerjaya sebagai pembuat konten media sosial pengsan dibelasah seorang pejalan kaki ketika membuat aksi prank.

Menerusi rakaman video yang dirakam rakannya, lelaki itu berdiri di tepi kedai sambil menunggu orang lalu-lalang untuk melakukan aksi prank seolah-olah mahu mengajak mereka bergaduh.

Beberapa orang yang lalu lalang disitu sepertinya tidak menghiraukannya sehingga datang seorang pejalan kaki yang melalui jalan tersebut dan lelaki itu cuba melakukan aksi pranknya namun keadaan bertukar kecoh apabila pejalan kaki tersebut bertindak lelaki itu bertubi-tubi hingga pengsan.

Ketika ditanya pejalan kaki tersebut dia mendakwa bahawa dia menyangka lelaki itu cuba merompaknya oleh itu dia bertindak memukul lelaki tersebut hingga pengsan.

Tambahnya lagi dia tidak tahu sama sekali jika mereka berdua sedang membuat konten prank ketika itu.

"Saya fikir dia mahu cuba merompak saya, jadi saya bertindak untuk mempertahankan diri"

"Saya tidak tahu jika kalian sedang membuat pengambaran dan itu bukan urusan saya"

Lelaki tersebut dikejarkan ke hospital dan mengalami kecederaan pada bahagian muka.




 

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!