Ibu mentua sokong Puteri Sarah minta cerai

Ibu mentua sokong Puteri Sarah minta cerai

"Saya harap dilepaskan. Jalan perdamaian sudah terlambat bila keadaan bagaikan tsunami seperti ini," demikian penjelasan Puteri Sarah"

"Saya harap dilepaskan. Jalan perdamaian sudah terlambat bila keadaan bagaikan tsunami seperti ini," demikian penjelasan Puteri Sarah Liyana, 38, berhubung hasrat suaminya, Syamsul Yusof, 39, yang mahu memperbaiki hubungan dengan isteri pertamanya itu.

Puteri Sarah berkata, segala-galanya sudah terjawab dengan penjelasan Syamsul menerusi hantaran video yang dimuat naik dalam Instagram, semalam.

"Semuanya sudah jelas, tiada apa lagi yang perlu saya tunggu. Syamsul sudah menjawab dan saya faham.

"Saya akan tetap meneruskan tuntutan perceraian, jadi tunggulah...

"Sedih, sudah lama saya buang kesedihan. Saya lega segala-galanya menghampiri garisan penamat.

"Apa yang lebih penting, saya rasakan satu bebanan hilang sebelum saya mengerjakan umrah pada 26 Januari ini," katanya.

Mengulas hasrat Syamsul masih berbincang dalam video yang dimuat naik, Puteri Sarah atau nama sebenarnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia enggan mengulasnya.

"Cukuplah... Apapun, saya tetap memfailkan tuntutan perceraian.

"Saya nak hidup dengan tenang dan tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

"Kepada Syamsul, berbahagialah dengan isteri baharu. Saya juga nak bina hidup baharu dan mencari kebahagiaan saya sendiri.

"Berilah peluang, saya juga nak kebahagiaan seperti Syamsul sedang mengukir bahagia. Jadi, tolong lepaskan saya dengan baik," pintanya.

Terdahulu, Syamsul mengakui sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah dalam temubual bersama Harian Metro.

Syamsul juga memohon masa dan ruang untuk mendamaikan satu-persatu bersama isteri pertama dan ahli keluarga yang menentang.

Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.

Keputusan nekad pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana meminta suami, Syamsul Yusof melepaskannya mendapat sokongan pelbagai pihak.

Permintaan yang diluahkan dalam laman Instagram (IG), petang ini bukan hanya meraih sokongan rakan artis dan peminat, malah ibu mentuanya, Datin Patimah Ismail turut meninggalkan komen menyokong tindakannya menerusi hantaran berkenaan.

"Puteri Sarah Liyana berhak untuk bahagia, sebagai isteri dan ibu yang melahirkan Syaikhul dan Sumayyah langsung tidak dihargai segala pengorbanan!

"Kebahagiaannya dirampas dengan kejam oleh mereka, dia ditinggalkan terkapai-kapai menguruskan anak-anak yang sedang membesar! Adilkah semua ini?" tulisnya.

Bagaimanapun, komen berkenaan terpadam atas kesilapan teknikal.

Sebelum ini, Patimah menegaskan tidak akan memaafkan bapa kepada Ira Kazar iaitu Kazar Saisi kerana didakwa berkomplot dengan anaknya untuk mengahwinkan mereka.

Sementara itu, Puteri Sarah ketika dihubungi BH Online berkata, apa yang diperkatakan ibu mentua itu adalah satu kenyataan.

"Ibu bapa mentua menjadi kekuatan saya berdepan dengan konflik rumah tangga selama empat tahun ini.

"Bohonglah jika saya dapat melalui saat sukar ini sendirian tanpa sokongan ibu bapa mentua, keluarga, teman rapat dan peminat. Mereka menjadi kekuatan luar biasa untuk saya berdepan setiap dugaan.

"Tanpa mereka, saya tak tahu apa akan berlaku," ujarnya.

Tambah Puteri Sarah, ibu mentua kini lantang bersuara mempertahankannya dalam media sosial.

"Saya bersyukur memiliki ibu bapa mentua yang sangat baik, seperti ibu bapa kandung saya.

"Ibu bapa mentua juga menjadi saksi konflik dialami sepanjang empat tahun ini. Jadi, tentulah mereka tahu apa yang saya rasa ketika berdepan saat getir ini.

"Apatah lagi, mereka lihat saya terkontang-kanting menjaga anak-anak masih kecil tanpa suami. Mereka terlalu sayangkan Syaikul Islam dan Summayah," katanya.

Syamsul dan Puteri Sarah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!