Gadis 19 tahun menang RM 1 Juta
"Pemenang cabutan BSN SSP nak bawa keluarga tunaikan umrah"
Kuala Lumpur: Tuah anak bongsu Wan Nur Qurratu Ain Wan Ishamuddin, 19, apabila memenangi Cabutan Istimewa Bank Simpanan Nasional (BSN) Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) bagi Februari 2022 sebanyak RM1 juta.
Wan berkata, dia mahu membawa ahli keluarga pergi menunaikan umrah menggunakan duit kemenangan itu.
Wan berkata, dia mahu membawa ahli keluarga pergi menunaikan umrah menggunakan duit kemenangan itu.
"Saya mula menyimpan di BSN SSP pada umur 16 tahun dengan jumlah RM30,000. Ia hasil wang simpanan arwah mak. Selepas itu, setiap bulan saya secara konsisten menyimpan. Ini kerana banyak faedah dan kelebihan menyimpan di BSN SSP ini.
"Alhamdulillah, pada usia 18 tahun iaitu tahun lalu rezeki saya memenangi Cabutan Istimewa. Separuh duit kemenangan disimpan dan separuh lagi digunakan untuk pelaburan rumah.
"Dalam masa sama, saya mahu memenuhi impian arwah mak dengan membawa keluarga menunaikan umrah," katanya selepas diraikan pada acara Cabutan BSN SSP Disember 2022 dan Pelancaran Hadiah Baharu BSN SSP 2023 di sini, hari ini.
Pada acara sama, dua lagi pemenang turut diraikan iaitu Jamudin Idris, 65, yang memenangi Cabutan Kesetiaan RM50,000 (September 2022) dan Khairren Yasmeen Kamaruzaman iaitu pemenang Cabutan Negeri (November 2022) yang membawa pulang Perodua MyVi.
Selain itu, Wan yang kini berkerja sebagai pembantu dapur turut memenangi Cabutan Penyimpan Muda RM500 bagi Mac 2022.
Menerusi acara yang diadakan, BSN turut membuat cabutan jutawan BSN SSP yang ke-83 (Disember 2022) sekaligus melengkapkan pencarian jutawan bagi tahun lalu.
Ketua Eksekutif BSN, Jay Khairil berkata, BSN turut memperkenalkan pelbagai kategori cabutan dan hadiah menarik sepanjang tahun ini.
"Cabutan jutawan masih kekal setiap bulan. Cuma, ada bulan tertentu kita buat cabutan khas iaitu pada April adalah Cabutan Istimewa Guru; Ogos pula untuk pekerja atau petugas barisan hadapan; dan November untuk pelanggan setia yang sudah menyimpan sekurang-kurangnya selama 20 tahun dan membuat tambahan simpanan minimun RM3,000 tahun ini. Sementara pada Disember adalah Cabutan Jutawan Bonanza yang menawarkan hadiah BSN SSP RM 1 juta dan BMW X5.
"Pada tahun ini juga jumlah keseluruhan hadiah yang ditawarkan bernilai RM27 juta. Dan kami akan meraikan lebih 18,000 pemenang di seluruh negara berbanding tahun lepas 16,000 orang," katanya.
Antara kategori cabutan lain tahun ini termasuklah Cabutan Wilayah; Cabutan Penyimpan Muda; Cabutan Kesetiaan; Cabutan Penyimpan Baharu; Cabutan Akaun Gaji; Cabutan Kasih; dan Cabutan Simpanan Konsisten.
Selain RM1 juta, BSN masih menawarkan hadiah seperti BMW X5; BMW 320i M Sport; MyVi dan banyak lagi.
@liputan7official