VIDEO - Wanita didakwa mencuri pewangi kenderaan di sebuah supermarket


Wanita didakwa mencuri pewangi kenderaan di sebuah supermarket

"Dia terlupa bayar ke memang niat nak rembat tu?" netizen 

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang pelanggan wanita yang didakwa mengambil pewangi kenderaan dari sebuah supermarket namun tidak membayar.

Menerusi perkongsian admin supermarket berkenaan mendakwa wanita berkenaan mengambil pewangi kenderaan dan memasukkan di dalam begnya dan mohon jika wanita itu melihat posting ini diminta untuk membuat pembayaran jika terlupa bayar.

"Kali ini #Vanzo parfum kereta pulak jadi mangsa 


"Lebih kurang, agak agak pada Jam  15.30pm kamu shopping shopping  tengok tengok sama anak/adik  kamu dekat bahagian parfum kereta. 


"Kita tau Vanzo parfum ini cute sangat, lagi sangat wangi. Harga yang kita mark pun tidak mahal sangat. 

"Tapi kamu mau buka, ambil satu masuk dalam bag kamu pada 15:31:11. Lepas itu rasa rasa kamu warna satu lagi pun cantik. Pada 15:32:04 masuk lagi satu dalam bag kamu.


"Harap harap siapa kenal Customer yang suka dengan Vanzo parfum ini  boleh tolong beritau dia dan suruh dia pulangkan parfum tersebut atau datang bayar dua dua produk tersebut. atau jikalau customer kamu sendiri nampak post ini sila pulangkan atau bayar kat kami. 

"Kita tidak akan delete post ini selagi hal ini tidak selesai. Harap harap kita boleh settle kat kedai dalam seminggu ini,   bukanlah kena settle dekat balai polis selepas ini."



Kredit : Top Wey Ting Supermarket

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!