VIDEO - Tiga gangster menangis dirotan polis


Tiga gangster menangis dirotan polis

"Elok la polis tu sebat puak-puak ni biar berakal..." - netizen


Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki yang merupakan anggota polis merotan tiga orang pemuda yang dipercayai ahli kumpulan gangster bersenjatakan sabit dan parang sebelum lelaki itu memukul mereka dengan kerusi plastik hingga patah.

Tiga orang pemuda tersebut merupakan antara anggota kumpulan samseng jalanan yang bergerak secara berkumpulan menggunakan motorsikal sambil memegang senjata tajam seperti sabit dan parang. Kumpulan ini sering melakukan kekecohan di tengah kota selain terlibat dengan pergaduhan yang hingga meragut nyawa. 

Ketika ditahan, mereka hanya menangis dan meraung kesakitan ketika dipukul lelaki tersebut selain merayu agar dihentikan penderaan terhadap mereka. Anggota polis tersebut terus memukul ketiga-tiga pemuda itu dengan rotan sebelum menghentam pula dengan kerusi plastik hingga patah. 

Rata-rata warganet menyokong tindakan polis tersebut supaya menjadi pengajaran kepada mereka dan yang lain. Tindakan itu tidak seharusnya dikasihankan kerana jika tiada pelajaran mereka pasti tidak akan berubah.




"Tak payah kesiankan puak ni, masa diorang hentam orang ramai-ramai diorang tak pikir pulak kesian"

"Bagus juga polis buat macam ni sebagai pengajaran kepada mereka dan yang lain"

"Kalau tak sebat, sampai bila-bila pun mereka takkan berubah" 




Pihak polis menegaskan tidak akan pernah berlembut dengan kumpulan-kumpulan seperti ini kerana menggugat ketenteraman awam. Oleh itu tindakan tegas terhadap kumpulan ini wajib dilaksanakan demi menghapuskan gangsterisma di negara ini. - Agensi

#luarnegara
#surabaya

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!