"Saya cakap berhenti tepi.."- samseng dengan bahasa sopan
Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang pemandu e-hailing diancam pukul dengan rotan oleh seorang pemandu yang dikatakan tidak berpuas hati dengan cara pemanduannya.
Pada awalnya dilihat pemandu tersebut menghimpit kenderaan e-hailing dan mengarahkan mangsa berhenti ke tepi.
Mangsa keluar dari kenderaannya dan cuba berbincang dengan pemandu tersebut dan berlaku sedikit perbalahan antara mereka sehingga pemandu tersebut mengambil sebatang rotan besar dan cuba mencederakan mangsa.
Rata-rata netizen mengecam pemandu yang berlagak samseng dengan mengancam mahu memukul mangsa dengan rotan.
Video tersebut dirakam oleh seorang pelanggan e-hailing dan tular di media sosial sejak hari ni.
@liputan7official