Lelaki tuntut ganti rugi kepada J&T, beli misteri box tapi isinya tidak seperti yang diharapkan
"Kami hanya menghantar bungkusan sahaja, kami tidak bertanggungjawab atas urusan jualbeli antara pembeli dan penjual" kata kerani
Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang lelaki membuat aduan untuk menuntut ganti rugi kepada J&T atas pembelian kotak misteri secara online namun isinya tidak seperti yang diharapkan.
Kerani J&T menegaskan bahawa pihak mereka hanya menghantarkan bungkusan sahaja dan tidak bertanggungjawab atas urusan jual beli antara pembeli dan penjual.
Lelaki tersebut mendakwa bahawa dia ada membeli satu misteri box di laman dagang namun setelah membuka kotak tersebut lelaki itu mendapati isinya tidak seperti yang diharapkan seperti yang diiklankan oleh penjual.
Tidak berpuas hati dengan isi kandungan misteri box tersebut, lelaki itu mendesak syarikat penghantaran J&T untuk membayar ganti rugi kerana didakwa telah ditipu.
"Saya nak tuntut ganti rugi sebab isi kandungan dalam misteri box yang saya beli tidak seperti yang saya harapkan dan tidak sama seperti yang diiklankan penjual" kata lelaki tersebut
"Kami hanya menghantar bungkusan sahaja, kami tidak bertanggungjawab atas urusan jualbeli antara pembeli dan penjual"
"Jadi encik tidak boleh tuntut sebarang ganti rugi di sini sebab kami bukan penjual misteri box tu" tegas kerani J&T.
Ketegangan antara lelaki dan kerani itu terus memuncak sehingga pengurus cawangan mencadangkan masalah tersebut di selesaikan di balai polis. - Agensi
#luarnegara
@liputan7official