"Tak sempat nak cuci..."
Dalam satu rakaman CCTV yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki maut ditembak dari jarak dekat ketika bermain mesin judi.
Mangsa mengalami kecederaan serius pada bahagian belakang kepala kesan daripada tembakan dari jarak dekat. Mangsa dikejarkan ke hospital namun tidak berjaya diselamatkan.
Menurut kenyataan polis, motif kejadian berkemungkinan mangsa tidak membayar hutang kepada suspek membuatkan suspek tidak berpuas hati lalu bertindak membunuh mangsa.
Mangsa dilaporkan sering meminjam wang dengan orang sekeliling kerana terlalu ghairah berjudi. Berkemungkinan mangsa mempunyai hutang tertunggak yang lama dengan suspek menyebabkan terjadinya kes pembunuhan.
Pihak polis masih memburu suspek dan kes masih dalam siasatan. - Agensi
@liputan7official