VIDEO - Dituduh lakukan serangan seksual, 2 pelajar universiti diikat pada pokok dan dibogelkan


Dituduh lakukan serangan seksual, 2 pelajar universiti diikat pada pokok dan dibogelkan

"Dua pelajar lelaki diikat pada pokok sebelum disimbah air kotor, dibogelkan dan dipaksa minum air warna dari bengkel seni kerana dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar perempuan"


Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan sekumpulan pelajar universiti bertindak mengikat dua orang pelajar pada pokok sebelum menyimbah keduanya dengan air kotor kerana dituduh melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar perempuan.

Tidak hanya dengan itu, kedua pelajar itu turut dimalukan dengan dibogelkan serta dipaksa minum air warna dari bengkel seni.

Pihak universiti mengesahkan kejadian tersebut dan kedua-dua pelajar itu telah ditahan pihak polis atas pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap seorang pelajar perempuan. 


Namun, kes itu masih dalam siasatan sama ada benar kedua-dua pelajar tersebut benar-benar melakukan kesalahan itu atau tidak.


Warganet mengecam tindakan pelajar-pelajar universiti yang menghukum kedua-dua pelajar tersebut dengan cara sendiri hingga menjatuhkan maruah tanpa usul periksa.

"Macam ni punya mindset pelajar-pelajar u universiti jatuhkan hukum sendiri"

"Dituduh sahaja belum terbukti mereka bersalah sepatutnya serahkan kepada polis biar polis siasat bukan main jatuh hukum sendiri"





@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!