Kepala pecah terhantuk pembahagi jalan, Wanita maut kaki tersangkut selepas acara tarik tali
"Kaki mangsa tersangkut pada tali sebelum kepalanya terhantuk pada konkrit pembahagi jalan"
Innalillahiwainailaihirrojiun seorang peserta wanita dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kakinya tersangkut pada tali sebelum kepalanya terhantuk kuat pada pembahagi jalan.
Mangsa yang menyertai satu acara tarik tali mengumpulkan 5,000 peserta yang dianjurkan oleh alumni universiti hassanudin Makassar mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala selepas terhentak pembahagi jalan mengakibatkan darah keluar dengan banyak.
Satu rakaman CCTV memaparkan mangsa sedang berdiri di atas tali tersebut setelah acara tarik tali baru sahaja selesai ketika itu sebelum tali yang digunakan dalam acara tersebut digulungkan dengan laju menggunakan mesin mengakibatkan kaki mangsa tersangkut dan kepalanya terhentak kepada konkrit pembahagi jalan.
Selain mangsa terdapat 3 orang lagi turut terkena tali tersebut namun mereka hanya mengalami luka kecil sahaja.
Mangsa dilaporkan maut di lokasi kejadian, Innalilahiwainnailaihirojiun.
@liputan7official