Lelaki mengaku 'Utusan Tuhan' simpan 20 isteri dalam treler buruk ditahan polis, isteri paling muda 9 tahun
Samuel Bateman yang berasal dari Arizona Amerika Syarikat ditahan selepas didapati bersalah atas pelbagai pertuduhan antaranya ialah memperdagangkan manusia.
Keadaan treler tersebut dilaporkan usang dan kotor malah terdapat sofa serta bekas untuk membuang air kecil dan air besar.
Perkara itu didedahkan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengenai status perkahwinan lelaki berkenaan.
Selain didakwa atas kesalahan memperdagangkan manusia, Samuel yang berusia 46 tahun itu turut didakwa atas kesalahan melakukan hubungan seks secara berkumpulan yang melibatkan orang dewasa serta kanak-kanak bawah umur.
Menurut laporan FBI, lelaki berkenaan turut mengakui bahawa dirinya adalah "Utusan Tuhan" pada tahun 2019 dan mahu menikahi anak perempuannya sendiri serta melakukan sumbang mahram.
Lelaki itu juga turut mempunyai 50 orang pengikut termasuk 20 isterinya sendiri.
@liputan7official