Kerajaan konsisten perangi rasuah

Kerajaan konsisten perangi rasuah, Zahid Hamidi tegaskan akan terus berjuang untuk semua


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa parti terbabit akan terus kekal berjuang untuk semua.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata demikian selepas selesai mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang diadakan di ibu pejabat parti, menara Dato Onn, malam tadi.

“Alhamdulillah. Selesai sudah… mesyuarat MKT malam ini. Moga keputusan bersama yang diambil akan membawa kebaikan kepada parti dan Malaysia keseluruhannya.

“UMNO akan terus kekal berjuang untuk semua,” katanya dalam hantaran pendek menerusi laman Facebooknya.

MKT UMNO malam tadi adalah mesyuarat pertama diadakan selepas selepas pembentukan kabinet baharu yang disertai oleh Ahmad Zahid selaku Timbalan Perdana Menteri. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerajaan akan terus konsisten dalam usaha memerangi rasuah di negara ini.

Beliau berkata, agenda reformasi terutama dalam usaha mencegah rasuah tidak hanya terhad kepada penguatkuasaan.

"Sebaliknya, nilai-nilai seperti integriti, akhlak dan etika adalah aspek yang perlu diterap dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara," katanya di Facebook pada Jumaat.

Kenyataan itu merujuk sempena sambutan Hari Anti-Rasuah Antarabangsa pada Jumaat.

Menurut Anwar, dengan meraikan serta memartabatkan integriti, ia berupaya memacu Malaysia ke arah kecemerlangan yang holistik dengan mencakup aspek fizikal, rohani, nilai dan identiti.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan 9 Disember sebagai Hari Antirasuah Antarabangsa untuk meningkatkan kesedaran masyarakat.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!