Mangsa mahu wangnya dikembalikan dengan baik
"Ingat duit tak keluar sebab 'error' lepas ambil kad tiba-tiba duit keluar pula.. Orang lain yang 'terambil'."
Tular satu rakaman video CCTV memaparkan seorang wanita yang sedang mengeluarkan duit menggunakan mesin ATM sebelum wangnya dikebas wanita di belakangnya.
Ketika mangsa mengeluarkan duit dari mesin ATM, mangsa menyangka mesin tersebut 'error' namun mesin tersebut mengeluarkan kad debit terlebih dahulu sebelum mengeluarkan duit.
Wanita yang berbaju hitam yang berdiri di belakang mangsa bertindak pantas mengambil duit mangsa.
Menyedari hal demikian mangsa meminta pemilik premis supaya menyemak rakaman CCTV dan mendapati memang wangnya telah diambil orang.
Mangsa mengesa wanita yang mengambil wangnya itu dikembalikan dengan cara yang baik. Kejadian di Bukit Jelutong, Shah Alam.
@liputan7official