Suami belasah isteri depan anak-anak, isterinya dikatakan curang dengan jiran berkali-kali
"Anak-anak hanya mampu menangis melihat ibu mereka dicekik, dipijak leher, tendang ke muka..."
Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang suami bertindak agresif dengan membelasah isterinya hingga parah di hadapan anak-anaknya yang menangis.
Video tersebut dirakam oleh anaknya sendiri untuk dijadikan sebagai bahan bukti atas tindakan kekerasan bapanya terhadap ibu.
Suami yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu berang apabila mendapat tahu bahawa isterinya curang dengan lelaki lain iaitu jiran mereka sendiri beberapa kali (apa yang mereka buat tidak didedahkan) membuatkan si suami naik 'hantu' dan bertindak membelasah isterinya hingga parah.
Setelah video tersebut tular di media sosial, pihak polis segera menangkap si suami dan siasatan lanjut akan dijalankan - Agensi
@liputan7official