Perompak pengsan terhantuk dinding kaca ketika cuba melarikan diri
"Lelaki itu gagal melarikan beberapa beg tangan berjenama LV yang bernilai lebih RM 84,000 kerana terhantuk dinding kaca ketika melarikan diri"
Lelaki pengsan setelah terhantuk dinding kaca ketika cuba melarikan diri dalam usaha merompak beberapa beg tangan berjenama bernilai lebih RM 84,000 di sebuah shopping complex.
Video tersebut diambil daripada rakaman CCTV yang berada dalam kedai beg berjenama mewah seperti Louis Vuitton.
Perompak yang berusia 17 tahun itu ditahan pihak berkuasa sebaik menerima laporan daripada pihak kedai dan identiti perompak tersebut tidak didedahkan kerana suspek di bawah umur.
Namun pihak polis tidak menolak kemungkinan suspek terlibat dalam siri rompak kedai-kedai di kawasan yang berhampiran.
@liputan7official