VIDEO - Lelaki tumbuk wanita hingga pengsan berebut kerusi

Lelaki tumbuk wanita hingga pengsan berebut kerusi

"Wanita itu terus berkeras mahukan kerusi yang dipegangnya dan mula mengeluarkan kata-kata kesat dan memukul lelaki itu berkali-kali..."

Tular satu video memaparkan dua individu sedang bergaduh berebut kerusi sebelum wanita tersebut mula mengeluarkan kata-kata kesat dan memukul lelaki tersebut membuatkan lelaki itu hilang sabar lalu menumbuk muka wanita tersebut hingga pengsan.

Motif kejadian adalah lelaki tersebut bangun sebentar dan pergi mencuci tangan sebelum wanita itu mengambil kerusi di meja makan lelaki itu.

Lelaki tersebut enggan memberikan kerusi itu kerana masih mahu duduk di meja makannya dan dia hanya bangun sebentar mencuci tangan sahaja. Wanita itu terus berkeras mahukan kerusi yang dipegangnya dan mula mengeluarkan kata-kata kesat dan memukul lelaki itu berkali-kali.

Berang dengan sikap wanita itu, lelaki tersebut menggunakan kekerasan dengan menumbuk muka wanita itu hingga jatuh pengsan.




Video tersebut telah tular di media sosial dan rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki itu kerana tidak mahu mengalah dan menggunakan kekerasan terhadap wanita

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!