VIDEO - Lelaki pukul kanak-kanak bermain dalam surau ditahan


Lelaki pukul kanak-kanak bermain dalam surau ditahan

"Budak-budak main dalam surau pun kau belasah sampai naik penampar penendang bagai..." - netizen

Tular satu rakaman CCTV sebuah surau memaparkan tindakan seorang lelaki dewasa memukul kanak-kanak yang didakwa bermain-main dalam surau.

Lelaki itu yang bernama Firman dilihat memakai seluar pendek berbaju hitam memasuki surau sebelum memukul kanak-kanak malah menendang kanak-kanak yang tidak melakukan sebarang kesalahan turut menjadi mangsa.

Pihak polis berjaya menahan suspek susulan kanak-kanak mengadu kepada ibubapa mereka bahawa mereka dipukul oleh seorang lelaki dewasa sebelum ibu bapa kanak-kanak membuat laporan polis.

Hasil siasatan, lelaki itu mengamuk kerana didakwa anaknya dipukul di dalam surau oleh kanak-kanak lain, anaknya mengadu kepadanya bahawa anaknya dipukul membuatkan lelaki berbaju hitam itu memukul kanak-kanak yang ada di dalam surau tersebut.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!