Lelaki cuba merogol ibu dua anak di tengah jalan sebelum dibelasah orang awam
"Ibu bersama dua anaknya yang masih kecil sedang bersiar-siar tiba-tiba diterkam oleh lelaki yang cuba membuka seluarnya..."
Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki bertindak mahu merogol seorang wanita yang ketika itu sedang bersiar-siar bersama 2 anaknya yang masih kecil.
Sebelum kejadian, dilihat lelaki berkenaan berjalan dari arah bertentangan dan dilihat normal sehingga lelaki tersebut menghampiri mangsa dan mula memeluk dan menciumnya.
Pergelutan antara wanita dan lelaki berkenaan hingga membawa ke tengah jalan. Lelaki itu berusaha membuka seluar wanita itu untuk dirogol sambil disaksikan oleh orang yang lalu lalang pada awalnya tidak mahu menolong mangsa.
Hingga ada sebuah kereta yang berhenti bertindak pantas dengan menyelamatkan mangsa sebelum orang awam yang lain turut membantu. Lelaki tersebut dikatakan parah dipukul selepas itu kerana terlalu biadab dan kurang ajar sebelum diserahkan kepada pihak polis. - Agensi
@liputan7official