Ibu jual buah pinggang untuk selesai hutang anak kalah judi
"Saya dah buntu nak cari duit di mana lagi, anak saya sempat minta duit untuk bayar hutang sebelum lari meninggalkan rumah kerana takut diugut bnuh oleh pemungut hutang... "
Seorang ibu di Tuban Jawa Timur sanggup menjual buah pinggangnya sendiri demi melunaskan hutang-hutang anaknya yang kalah judi sebanyak RM 60,000 lebih.
Wanita berusia 59 tahun yang bernama Enik Ekawati mendakwa bahawa kedua anaknya telah lari dari rumah kerana rumah mereka sering dikunjungi orang-orang pemungut hutang.
Menurut Enik, anaknya diugut bunuh jika tidak selesaikan hutang mereka dalam tempoh tertentu membuatkan kedua anaknya merasa takut dan lari dari rumah.
Enik sangat merindukan anak-anaknya berkumpul bersamanya seperti dulu membuatkannya bertindak menjual buah pinggangnya sendiri demi melunaskan hutang anaknya yang kalah judi.
Enik mempunyai 2 orang anak yang pertama sudah berkeluarga(yang berhutang) dan seorang lagi adik perempuan yang masih bersekolah. Walaupun anak lelakinya itu sudah berkeluarga tapi dia sering datang ke rumah makan bersama ibunya.
Anaknya sempat meminta duit daripadanya untuk bayar hutang sebelum melarikan diri bersama adik perempuannya kerana takut diugut oleh peminta hutang.
Enik hanya berniaga pisang goreng sebagai sumber pendapatannya dan menurut Enik mereka sudah berhutang dengan banyak orang termasuk jiran-jiran mereka.
Akibat terlalu buntu memikirkan wang, akhirnya Enik memutuskan untuk menjual buah pinggangnya sendiri demi menyelesaikan masalah hutang anaknya.
Tindakan Enik mendapat perhatian ramai orang termasuk warganet yang bersimpati dengan nasibnya. Enik telah diselamatkan oleh pihak berwajib dan masalahnya akan diselesaikan dengan bantuan orang ramai.
@liputan7official