"Tak cukup dengan itu, ibubapa pelajar tersebut turut membuat laporan polis kerana mengasari anak mereka"
Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan seorang guru menampar muka seorang pelajar lelaki beberapa kali di dalam kelas sebelum dileraikan oleh pelajar lain.
Tindakan guru itu dirakam oleh pelajar lain yang membawa telefon pintar ke sekolah. Hasil siasatan pihak sekolah mendapati bahawa punca kejadian adalah kerana pelajar tersebut menumpahkan air teh ais di dalam kelas membuatkan guru tersebut berang.
Guru memanggil dan memarahi pelajar tersebut di hadapan para pelajar yang lain. Pelajar tersebut didakwa menjawab dengan bahasa yang tidak sopan kepada gurunya membuatkan gurunya melempang mukanya beberapa kali.
Ketika dileraikan oleh pelajar lain, pelajar tersebut seolah tidak berpuas hati dan ingin melawan gurunya namun dihalang oleh pelajar yang meleraikan kejadian itu.
Pelajar tersebut melaporkan kejadian itu kepada ibu bapanya dan ibu bapa pelajar meminta pihak sekolah supaya memberhentikan guru itu dan meminta guru itu membayar wang pampasan RM 600 untuk diberikan kepada anak yatim sebagai pengajaran.
Tidak cukup dengan itu, ibu bapa pelajar terbabit turut melaporkan hal tersebut kepada pihak polis. Pihak polis mengambil langkah dengan mempertemukan kedua belah pihak dan cuba menyelesaikan permasalahan ini dengan baik.
Kejadian dilaporkan berlaku di dalam kelas di SMPN 1 Sawit, Kabupaten Boyolali, Jawa Tengah.
UPDATE :
Ibubapa dan guru yang menampar pelajar memilih jalan berdamai. Guru meminta maaf atas kekasarannya terhadap anak mereka.
@liputan7official