VIDEO - Bapa rogol 2 anak kandung berusia 11 tahun dan 12 tahun


Bapa rogol  2 anak kandung berusia 11 tahun dan 12 tahun

"Setelah selesai merogol anak pertamanya, bapa iblis ini tergamak merogol anak keduanya pula yang baru pulang dari sekolah"


Tular satu video memaparkan seorang lelaki ditangkap dan dibawa keluar daripada kawasan perumahannya kerana disyaki merogol dua anak kandungnya yang masih di bawah umur.

Suspek yang berusia 37 tahun itu tergamak melakukan perbuatan tak senonoh itu terhadap anak-anak kandungnya sendiri.

Difahamkan anak yang pertamanya sudah banyak kali dirogol bapanya dan adiknya baru sahaja dirogol bapa iblis ini.

Pada hari kejadian, selepas selesai merogol anak sulungnya, si bapa ini tergamak merogol anak kandungnya yang kedua yang baru pulang dari sekolah.

Si adik yang tidak tahan kesakitan memberitahu perbuatan jijik bapanya kepada ibunya kerana ketika kejadian ibunya tiada di rumah. Mendengar aduan anaknya, si ibu meminta bantuan jiran-jiran supaya menangkap suaminya sebelum diserahkan kepada pihak polis.




Jiran-jiran sempat memukul bapa iblis ini beberapa kali sebelum diserahkan kepada pihak polis. - Agensi

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!