VIDEO - Amuk guna sabit selepas gagal jawab ujian lesen e-hailing

Amuk guna sabit selepas gagal jawab ujian lesen e-hailing

"Beliau berkata, suspek berusia 24 tahun mengamuk kerana tekanan perasan selepas tidak dapat menjawab ujian bagi mendapatkan lesen kenderaan e-hailing."


SEORANG lelaki ditahan selepas mengamuk menggunakan sebilah sabit di sebuah pejabat perkhidmatan e-hailing dekat Sungai Way, Petaling Jaya, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada orang awam pada pukul 3.40 petang.

Beliau berkata, suspek berusia 24 tahun mengamuk kerana tekanan perasan selepas tidak dapat menjawab ujian bagi mendapatkan lesen kenderaan e-hailing.

“Semasa kejadian, suspek memegang sebilah sabit bersaiz 14 sentimeter dan merosakkan harta milik syarikat tersebut.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan kes disiasat dibawah Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Jelasnya, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku terlibat dalam kes terbabit dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Mohamad Fakhruddin berkata, suspek ditahan reman selama empat hari sehingga Ahad bagi siasatan lanjut.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!