Switzerland merasmikan mesin bvnuh diri tanpa rasa sakit
"Setakat ini lebih 1,300 orang telah mendaftar awal berdeposit untuk menggunakan mesin ini secara sukarela. "
Switzerland merasmikan mesin bunuh diri untuk sesiapa saja yang mahu menamatkan hayat hidupnya dengan tenang dan tanpa rasa sakit.
Mesin bunuh diri yang berbentuk keranda itu menjanjikan kepada penggunanya bahawa mereka akan mati dalam keadaan yang tenang dan tidak sakit.
Kaedahnya adalah mesin yang diberi nama 'Sarco' mendorong pengguna kepada proses hypoxia dan hypocapnia iaitu proses menurunkan paras oksigen dalam tisu dan paras carbon dioksida yang berkurangan dalam darah yang boleh menyebabkan kematian.
Dr Philip Nitschke atau lebih dikenali sebagai Doktor Kematian merupakan pengarah utama dalam projek mesin bunuh diri dengan harapan membantu mereka yang ingin membunuh diri dengan tenang dan tanpa rasa sakit dalam masa beberapa minit.
Setakat ini lebih 1,300 orang telah mendaftar awal berdeposit untuk menggunakan mesin ini secara sukarela.
"Projek mesin bunuh diri ini menelan kos yang tinggi namun kami akan pastikan mesin ini dapat digunakan secara menyeluruh pada tahun depan" kata Dr Philip.
Mesin bunuh diri ini dijangka akan menerima kritikan yang dasyat daripada orang ramai.
@liputan7official