PM bincang isu kos sara hidup esok

PM bincang isu kos sara hidup esok

“Esok pagi jam 11 pagi akan bermesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan di Putrajaya yang akan memberi fokus soal kos sara hidup yang menekan rakyat,” katanya


SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan agensi terlibat pada Ahad bagi membincangkan perkara berkaitan kos sara hidup yang dihadapi rakyat ketika ini.

“Esok pagi jam 11 pagi akan bermesyuarat bersama jabatan dan agensi kerajaan di Putrajaya yang akan memberi fokus soal kos sara hidup yang menekan rakyat,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter pada Sabtu.

Sebelum ini media melaporkan, Ahli Parlimen Tambun itu menekankan keutamaan kerajaan pada ketika ini adalah untuk mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat.

Terdahulu Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) memulakan tugas secara rasmi pada Jumaat di Bangunan Perdana Putra selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10 atas perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!