Lelaki ancam bunuh Agong kena tahan

Lelaki ancam bunuh Agong kena tahan

"Tangkap layar kandungan itu turut tersebar di media sosial dengan warganet menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan."


KUALA LUMPUR: Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Lelaki itu yang menggunakan akaun Instagram memuatnaik kandungan itu bersama foto Seri Paduka.

Tangkap layar kandungan itu turut tersebar di media sosial dengan warganet menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan.


Difahamkan, lelaki itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota polis di Kajang, malam tadi untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Polis Selangor akan mengeluarkan kenyataan selepas selesai proses reman terhadap lelaki berkenaan.

"Suspek diberkas menerusi serbuan yang dijalankan sepasukan anggota polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sebuah rumah yang terletak di sekitar daerah Kajang kira-kira jam 10.30 malam," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, pihak polis telah menerima perintah tahanan reman terhadap suspek selama tiga hari mulai 23 hingga 25 November.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!