"Hasil pemeriksaan polis mendapati terdapat kesan terbuka pada bahagian kemaluan mayat tersebut."
Dua lelaki ditahan atas pertuduhan membongkar tanah perkuburan dan merogol satu mayat perempuan.
Saksi kejadian ketika itu sedang menziarahi kubur ibunya yang terletak di kawasan tanah perkuburan yang sama dengan lokasi kejadian.
Menurut saksi, pada ketika itu memang tidak ada orang lain di lokasi kejadian sehingga didatangi oleh dua lelaki yang kelihatan seperti orang normal menaiki motorsikal dengan membawa cangkul.
Saksi ketika itu berfikir mungkin mereka hendak membersihkan kubur dan membiarkan sahaja.
Namun, tidak lama selepas itu kedua lelaki itu bertindak mengeluarkan mayat yang masih berbungkus dan membuka ikatan kain kafan.
Lebih mengejutkan saksi yang ketika itu duduk bersebelahan dengan pohon besar apabila dua lelaki itu bertindak merogol mayat perempuan tersebut secara bergilir-gilir.
Kedua lelaki segera melarikan diri setelah saksi menempik kepada mereka dengan nada yang tinggi.
Tidak lama selepas kejadian, kedua suspek berjaya ditahan polis selepas laporan yang dibuat oleh saksi.
"Saya tak tahu apa yang ada dalam kepala mereka sehingga sanggup melakukan perbuatan terkutuk ini" - saksi
Hasil pemeriksaan polis mendapati terdapat kesan terbuka pada bahagian kemaluan mayat tersebut. - Agensi
#global
#luarnegara
@liputan7official