Dijangka rupa kabinet Anwar
“Yang pasti, barisan kabinet kerajaan perpaduan ini kemungkinan besar tidak akan disertai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein serta mana-mana pemimpin MCA dan MIC.
PADA Ahad, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang akhbar mengumumkan beliau akan menyelesaikan pembentukan Jemaah Menteri kerajaan yang dipimpinnya dalam tempoh beberapa hari lagi.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dengan tegas menyatakan pembentukan kabinet baharu yang pastinya bersaiz kecil tidak akan dibuat berasaskan pemberian ‘ganjaran’ secara berlebihan kepada parti-parti menyokong beliau.
Secara dasarnya, kenyataan Ahli Parlimen Tambun itu memberi isyarat jelas barisan menteri kabinet kerajaan baharu itu dipilih berasaskan kriteria kualiti, kredibiliti dan integriti pemimpin dilantik kelak.
Umum mengetahui pembentukan kerajaan perpaduan dipimpin Anwar tidak akan tercapai sekiranya PH tidak mendapat sokongan daripada Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Parti Warisan (Warisan) dan beberapa parti kecil lain pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Justeru, cabaran terbesar Anwar dalam membentuk satu barisan Jemaah Menteri mantap pastinya terletak di atas pertimbangan mengimbangi keperluan memenuhi tuntutan parti-parti yang menyokong kerajaan beliau dengan kehendak rakyat yang mahu melihat barisan kabinet baharu bersih, cekap dan berkelayakan.
Hakikatnya, dilema Anwar dalam pelantikan barisan kabinet baharu sudah bermula dengan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Dengan PH sudah menjanjikan kuota pelantikan dua TPM kepada BN dan GPS, tumpuan kini terarah kepada siapa pemimpin yang bakal mengisi jawatan berkenaan daripada BN.
Dengan akar umbi UMNO mendesak jawatan itu diserahkan kepada Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang terpalit kes mahkamah, sebilangan pemimpin PH pula menyuarakan keperluan pelantikan menteri kabinet dalam kalangan mereka yang tiada kes rasuah.
dengan portfolio lebih sesuai seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
“Individu seperti Naib Presiden Amanah, Adly Zahari atau Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mungkin menjadi pertimbangan bagi jawatan itu,” ujar Hisommudin lagi.
Charles pula menjangkakan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook; Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dan Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin akan dilantik semula memegang jawatan Menteri Pengangkutan, Undang-Undang dan Alam Sekitar.
Hisommudin berpendapat pemimpin BN yang setia dengan Ahmad Zahid seperti Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan akan turut dipertimbangkan untuk memegang jawatan menteri.
“Bagi pemimpin kanan GPS seperti Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nantha Linggi dan Ahli Parlimen Santubong, Datuk Seri Nancy Shukri, dua pemimpin itu dijangka dipilih memegang jawatan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak).
“Bagi pemimpin GRS, Warisan dan parti-parti kecil lain termasuk calon Bebas menyokong Anwar, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mungkin akan diberikan portfolio Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
“Yang pasti, barisan kabinet kerajaan perpaduan ini kemungkinan besar tidak akan disertai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bekas Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein serta mana-mana pemimpin MCA dan MIC.
“Ini kerana masalah dalaman UMNO-BN yang memperlihatkan kelompok ini tidak menyokong institusi Presiden UMNO dan Pengerusi BN,” tegas Hisommudin lagi
@liputan7official