Bayi berusia 10 hari maut dirobek dan disiat ibu kandung dengan pisau dipercayai meroyan


Bayi berusia 10 hari maut dirobek dan disiat ibu kandung dengan pisau dipercayai meroyan


Seorang ibu tergamak menyiat dan merobek anak kandungnya sendiri yang berusia 10 hari hingga maut menggunakan pisau  Polis menjelaskan, suspek bernama Ranti Ilmiahti(23 tahun) ketika itu mengunjungi anaknya(mangsa) yang telah diberikan kepada keluaga angkat.

Pada hari kejadian jam 10 pagi ketika suspek berkunjung ke rumah keluarga angkat anaknya, anaknya sedang digendong oleh ibu angkat dan semuanya dalam keadaan normal dan tiada sebarang tanda-tanda yang mencurigakan.


Kemudian pada jam 5.05 petang, ibu angkat mangsa terkejut melihat suspek yang memegang sebilah pisau yang dipenuhi darah berdiri di sebelah anaknya yang terbaring di tempat tidur.

Setelah ibu angkat mendekati anak tersebut, ibu angkat mendapati leher anak itu berlumuran darah telah dirobek dan disiat-siat.


Terkejut melihat keadaan mangsa , si ibu angkat menjerit hingga didengari jiran-jiran. Jiran-jiran segera mendekati lokasi kejadian dan menahan suspek supaya tidak boleh lari sehingga diserahkan kepada pihak polis.

Suspek berjaya ditahan polis dan mayat bayi tersebut telah dihantar ke hospital untuk siasatan lanjut. 


Punca kejadian masih dalam siasatan namun polis tidak menolak kemungkinan bahawa wanita ini mempunyai masalah mental atau meroyan.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!