VIDEO - Lelaki belasah perempuan dikatakan adik beradik


Lelaki belasah perempuan dikatakan adik beradik

"Lelaki terbabit dipercayai seorang remaja menampar muka dan belakang kepala perempuan itu yang kelihatan sebaya dengannya beberapa kali, selain menendang bahagian pinggangnya"

KUALA LUMPUR: Satu rakaman video seorang perempuan dibelasah seorang lelaki dipercayai abangnya yang tular di media sosial hari ini menimbulkan kemarahan orang ramai.

Rakaman video berdurasi 18 saat itu menunjukkan lelaki terbabit dipercayai seorang remaja menampar muka dan belakang kepala perempuan itu yang kelihatan sebaya dengannya beberapa kali, selain menendang bahagian pinggangnya.

Sebaik ditampar dan ditendang, perempuan itu hanya mampu menangis sambil menekup tangan pada bahagian kiri serta kanan kepalanya di tepi dinding.

Lelaki itu pula semakin menggila apabila dilihat mengambil seliparnya yang tercabut di lantai dan melibas belakang kepala perempuan itu dengan kuat beberapa kali dengan selipar berkenaan.

Tambah menyakitkan hati, perakam video dipercayai rakan lelaki itu sempat tertawa ketika merakam perlakuan ganas rakannya itu.

Bagaimanapun, tidak dipastikan bila dan di mana kejadian itu berlaku, namun melalui bahasa dituturkan, mereka dipercayai berbangsa Cina.

Dalam kalangan warga maya pula, kebanyakan mereka marah dan mengutuk perbuatan lelaki berkenaan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera jika kejadian itu berlaku di negara ini.

Video berkenaan turut mendapat perhatian selebriti popular tanah air, Neelofa yang memuat naik video itu menerusi satu ciapan di akaun Twitternya, petang tadi.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian itu untuk memberi respons kepada ciapannya itu.

Menurut sumber lain, kedua lelaki dan perempuan itu adalah adik beradik. Punca kejadian dikatakan adiknya keluar dengan kekasihnya dan tidak menjaga ibunya yang terlantar sakit. 



@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!