VIDEO- Tuan tanah pasang pagar tutup laluan kanak-kanak untuk ke sekolah dikecam warganet



Tuan tanah pasang pagar tutup laluan kanak-kanak untuk ke sekolah dikecam warganet


"Tanah ini saya yang punya, bukan milik pemerintah..." kata tuan tanah

Tular satu video di media sosial hari ini memaparkan beberapa orang pelajar sekolah rendah bersorak merayu supaya pintu pagar dibuka supaya mereka dapat pergi ke sekolah. 

Difahamkan dahulu laluan tersebut tidak berpagar sehingga tanah seluas 700 meter per segi itu diwarisi kepada anak tuan tanah yang baru. Tuan tanah yang baru tidak suka kanak-kanak menggunakan laluan tersebut untuk keluar masuk ke sekolah kerana menganggu privasinya.

Menurut tuan tanah yang baru ini katanya tanah tersebut bukan milik pemerintah tetapi miliknya oleh itu dia bebas melakukan apa sahaja ke atas tanahnya termasuk memasang pagar supaya tidak ada laluan keluar masuk termasuk kanak-kanak yang menggunakan laluan itu untuk pergi ke sekolah. 

Guru sekolah juga terkejut kerana pagi tadi baru menerima laporan bahawa ramai pelajar-pelajar tidak dapat hadir ke sekolah kerana dihalangi oleh pagar yang dipasang tuan tanah tanpa sebarang pemberitahuan terlebih dahulu. Kesan daripada itu membuatkan ramai pelajar terkandas tidak dapat melakukan aktiviti dan meneruskan pembelajaran seperti biasa di sekolah.




@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!