Pelajar tingkatan 5 maut nahas dua motosikal


Pelajar tingkatan 5 maut nahas dua motosikal

"Motosikal yang dinaiki dua remaja masing-masing berusia 15 tahun yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar menyebabkan kedua-dua kenderaan hilang kawalan lalu terbabas," katanya

BAGAN SERAI, PERAK- Seorang pelajar perempuan m4ut manakala rakannya parah dalam nahas membabitkan dua motosikal di Jalan Kubu Gajah, Semanggol di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 1.50 petang itu, mangsa, Nurul Hafizatul Syuhada Zinun, 17, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, laporan awal kemalangan melibatkan dua motosikal yang dinaiki empat remaja perempuan.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila kedua-dua kenderaan dari arah yang sama iaitu Semanggol menuju ke Kubu Gajah.


"Apabila sampai di tempat kejadian dipercayai kenderaan mangsa bersama rakannya berusia 17 tahun telah mengubah haluan dari kiri ke kanan untuk memasuki simpang.

"Bagaimanapun, motosikal yang dinaiki dua remaja masing-masing berusia 15 tahun yang berada di belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar menyebabkan kedua-dua kenderaan hilang kawalan lalu terbabas," katanya di sini.

Mazuki berkata, akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan m4ut manakala pemboncengnya yang mengalami kecederaan parah telah dihantar ke Hospital Taiping bagi mendapatkan rawatan.


Katanya, dua lagi mangsa dilaporkan mengalami kecederaan ringan.


"Mayat dihantar ke Hospital Parit Buntar dan punca kematian disebabkan kecederaan teruk di bahagian kepala.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!