Amil LZS maut ketika hendak solat Jumaat


Innalilahiwainnailaihirojiun, Amil LZS maut ketika hendak solat Jumaat

“Hanya beberapa meter sahaja sampai ke masjid untuk solat Jumaat. Allahyarham yang lebih mesra dengan panggilan Syiro merupakan sahabat yang terlibat secara langsung dalam menguruskan bantuan kecemasan Covid-19 dan banjir besar akhir tahun lepas,” katanya.


SHAH ALAM- Seorang amil Lembaga Zakat Selangor (LZS) maut ketika ingin menunaikan solat Jumaat selepas dilanggar motosikal dalam kemalangan di Persiaran Akuatik, Seksyen 13, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.16 tengah hari, mangsa yang maut dikenali Muhammad Syahirul Anuar Razali, 30.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa terjatuh daripada motosikal ketika hendak memasuki simpang kanan di Persiaran Olahraga.


“Sebuah motosikal dari arah Persiaran Sukan gagal mengelak lalu melanggar mangsa. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas beliau, seorang lagi penunggang motosikal cedera selepas patah tulang di badan dan kaki.

Dalam pada itu, LZS dalam hantaran di Facebook rasminya memaklumkan mangsa dipercayai dalam perjalanan untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid berhampiran lokasi kejadian.


“Hanya beberapa meter sahaja sampai ke masjid untuk solat Jumaat. Allahyarham yang lebih mesra dengan panggilan Syiro merupakan sahabat yang terlibat secara langsung dalam menguruskan bantuan kecemasan Covid-19 dan banjir besar akhir tahun lepas,” katanya.


@liputan7official

Kongsikan artikel ini kepada kenalan anda supaya mereka juga tahu apa yang anda tahu!



Join channel Telegram Liputan7 untuk update berita tanpa had!